Tuesday 17 February 2015

Kempen Cintai Sunnah

Alhamdulillah. Pada 12 Januari 2015,  Kempen Cintai Sunnah telah pun dilancarkan dengan jayanya dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid. 

Semoga dengan pelancaran kempen ini akan melahirkan muslimin dan muslimat bumi barakah Samtish yang lebih produktif dalam melaksanakan sunnah Nabi S.A.W serta mampu menegakkan biah Islamiah dalam diri sendiri. InsyaAllah. 

Kempen ini juga disusuli dengan Kempen Anti-Couple kerjasama dari Unit Disiplin Pengawas dan SUMUR. 







Wednesday 26 March 2014

BADARIANS 2014

sedikit aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tiga bulan dalam organisasi ini  :)

cat jangan tak cat !
amir (imran) & lajnah dakwah/tarbiah (zulhafizi)


lajnah ekonomi (zulhakimi)


first usrah dengan ustz faiz <3



tamrin nuqoba'



muslimat badar 



ORGANISASI PENTARBIAHAN 

alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi masih diberi nikmat iman dan islam .. 

     cintakan bunga kan layu
     cintakan manusia kan mati 
     cintakan allah kekal abadi 
     itulah yang hakiki 

selalu kan dengar ayat ini ,,?

ingin dikongsikan disini , kami bersyukur diberi peluang untuk berada di bawah organisasi badan dakwah dan rohani (badar). sejujurnya kami terlalu sayang akan organisasi ini .sebuah organisasi yang lebih menyeru ke arah kebaikan untuk mengwujudkan biah solehah . insyallah .. teringat kata amir kami (imran zaki) kita ini adalah satu organisasi pentarbiahan , sambil menyeru sambil mengubah diri .. bersesuaian dg hadis nabi SAW ,, 

“Aslih Nafsak Wad’u Ghairak”
“Perbaikilah diri kamu, dan (pada masa sama) ajaklah orang lain.”

apa yang menyebabkan kami terlalu sayang akan organisasi ini ? ustaz ustazah nya tidak futur memberi kata-kata semangat apabila kami jatuh ,nasihatkan kami ,  sahabat-sahabat yang selalu tegur apabila salah . ukhuwah yang sangat akrab antara satu sama lain . ALLAH :(

tipu lah kalau cakap yang kami tak pernah jatuh  tapi kami pegang kata ustzah kami , buat semua benda kerana allah , bila jatuh bangun balik .. allah sentiasa bersama kita ! tuntut gaji kamu kat akhirat nanti !! badar kan kuat ! allahuakbar !! 

badarian is not perfect .. apabila dicopkan sebagai ahli badar , kami pasti dipandang perfect .. not !! kami juga melakukan kesalahan ,, tapi kami cuba untuk menjaga siqoh (kepercayaan ) orang kepada kami . inyaallah .. kami harap sangat apabila kami keluar dari bumi SAMTSH , dunia dakwah kami tak terhenti . bahkan lebih aktif dari dunia persekolahan ini . 

  • Ya Allah peliharalah ukhuwah kami
  • Ya Allah bantulah kami dalam menegakkan agamamu 
  • Ya Allah kuatkanlah keimanan kami , 
  • Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang sabar 
  • Ya Allah pandanglah usaha kami .
~amin ya rabb ~

Friday 14 February 2014

VALENTINE'S DAY

haaa 14 februari 

happy valentine's day !! 

ooppss perlukah ??





Memangnya, ada apa dengan bulan Februari ini, sehinggakan banyak terpampang gambar hati merah jambu? Di antara meriahnya warna merah jambu terpampang tulisan besar-besar ‘Happy Valentine Day’, di televisyen dan radio, majalah mahupun akhbar juga seolah-olah tidak ingin ketinggalan menampilkan iklan Hari Valentine, memanfaatkan isu ‘valentine day’ dengan menyelenggarakan pelbagai acara yang kebanyakkannya boleh merosakkan akhlak muda mudi dan para remaja.



Pandangan Islam terhadap perayaan Valentine Day telah jelas haram dan terkeluar dari syariat Islam. Juga jelas haram dan membelakangkan syariat Islam mengenai aktiviti para remaja yang ikut-ikutan merayakan ‘valentine day’ dengan membabi buta, disertai aktiviti campur baur antara lawan jenis, dan perbuatan maksiat lain.


HUKUM SAMBUT VALENTINE DAY 

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.


Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. 
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     


“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
(Riwayat Abu Daud)
.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود


“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

.

psstt : sedarlah wahai umat ISLAM...jangan jadikan hari ini sebagai hari yg istimewa kerana hari yg paling istimewa ialah Maulud Nabi...kita hampir lupakan hari kelahiran Nabi kita dek kerana kehangatan hari kekasih ini...subahanaALLAH....

Saturday 18 January 2014

UKWWAH BADAR

dalam badar kami kenal kasih sayang ,
dalam badar kami kenal tolak ansur , 
dalam badar kami kenal bantu membantu ,
dalam badar kami kenal ukuwwah . 
moga Allah reda :)


muslimin dan muslimat badar tahun 2013 


usrah terhebat dan terbaik di pantai kelanang






pejuang-pejuang agama!!







bersama menuju ke syurga





YA ALLAH  , kau peliharalah ukhuwah kami . amin .



Saturday 27 April 2013

PEMILIHAN NUQABA' SAMTSH

Bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah dikurniakan nikmat Iman dan Islam dan nikmat kesihatan tubuh badan, rohani jua jasmani untuk terus berbakti. Nuqaba' adalah jamak bagi perkataan naqib iaitu pembimbing bagi sesebuah kumpulan usrah. Usrah pula merupakan satu usaha tinggalan Rasulullah saw dan ia menjadi amalan para sahabat dan pejuang agama Allah swt sejak zaman berzaman. Nilai usrah amat tinggi dalam kontek melahirkan para kader pejuang agama Allah. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna sendiri menyatakan bahawa, dengan konsisten usrahlah, ramai pejuang dikalangan Ikhwanul Muslimin yang lahir dan ikhlas berjuang demi agama Allah sejak awal zaman penubuhannya sehingga kini.

 Untuk melahirkan kumpulan usrah cemerlang dan ahli usrah yang berkualiti dan benar-benar memahami konsep kesyumulan Islam, 
naqib/naqibah perlu meletakkan diri dalam keadaan yang sempurna dan ikhlas niat kerana Allah.

Kredibiliti para fasilitator perlu tampak sempurna dan berkaliber kerana, sebagai pembimbing, kita perlu memberikan teladan baik kepada ahli usrah agar usrah kita tidak hambar.





Selaras dengan tujuan tersebut, pada 14 Januari 2013 bersamaan hari Isnin, Badan Dakwah dan Rohani SAMTSH telah mengadakan pemilihan bagi para naqib & naqibah.

Pemilihan tersebut telah dilakukan dengan cara temuduga dan Alhamdulillah Allah melancarkan segala-galanya pada hari tersebut. Tepat jam 3.00 petang, bermulalah temuduga tersebut di dewan sekolah iaitu dewan Al-Bukhari.

Antara agenda sepanjang temuduga tersebut ialah:

1) Para nuqaba' telah diberikan beberapa potongan ayat Al-Quran dan mereka diminta untuk membacanya dengan tartil & bertajwid.
2) Mereka juga diminta untuk mentafsirkan ayat yang dibaca itu tadi dengan huraian-huraian yang bernas & betul.
3) Mereka diminta memberikan pendapat mengenai usrah sekolah di bawah pimpinan BADAR & cadangan untuk memperbaikinya.
4) Akhir sekali, beberapa orang guru akan memberi markah & menilai para nuqaba' yang ditemuduga samada layak ataupun tidak untuk dipilih sebagai naqib/naqibah.

Tepat jam 4.30 petang, temuduga tesebut berakhir dengan jayanya. 

Di sini, terdapat beberapa perkongsian yang menarik bagi para nuqaba' sekalian iaitu apakah ciri-ciri usrah naqib/naqibah yang berkaliber:

1. Naqib mesti memahami konsep usrah dan perlaksanaanya.

Apabila naqib memahami konsep ini barulah usrah dapat melahirkan natijah yang baik. Sekiranya seorang naqib tidak memahami apakah pengertian usrah, atau pun dia sendiri tidak pernah melalui program usrah, ini antara faktor yang akan menjadikan usrah hambar.

Ini kerana, pengisian naqib/naqibah hanya tertumpu kepada slot ceramah, tazkirah, membaca kitab tanpa ulasan dan sebagainya. Inilah antara punca, ahli usrah menjadi semakin malas dan bosan untuk terus menyertai Usrah.

Berlainan jika naqib/naqibah memahami konsep usrah, maka kesan usrah dapat dilihat. Banyak perkara kelemahan dalam jamaah boleh diatasi. Contohnya ahli usrah lemah dari sudut ukhwah maka ia memberi penekanan dalam usrah mengenai kepentingan ukhwah begitulah seterusnya. Semuanya ini tidak akan dapat dihasilkan sekiranya naqib tidak faham konsep usrah dan tanggungjawab beliau sebagai seorang naqib.

Seperti pepatah Arab menyebut “Orang yang faqir ia tidak boleh memberi apa-apa”.

2. Memahami tasawwur (pandangan/gambaran) Islam dan gerakan

Naqib/naqibah
 mesti memahami Islam dan dasar perjuangan . Naqib mesti memahami Islam dari sumber yang sejati. Kerana Islam ialah suatu peraturan yang meliputi semua lapangan hidup. Islam merupakan negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Islam juga merupakan kebudayaan, undang-undang, ilmu pengetahuan dan kehakiman.

Jangan dibawa perkara khilafiah dalam jamaah kerana ini akan membawa perbalahan sesama sendiri. Kefahaman dan keseragaman bertindak dengan ilmu akan memudahkan untuk bertindak. Oleh itu sekiranya seorang naqib yang tidak mempunyai syarat-syarat yang berkenaan akan berhadapan dengan berbagai kesusahan dari kalangan ahli yang pelbagai kedudukan dan fahaman.

Memahami hati budi ahli usrah perlu diberi penekanan dalam usrah. Jika terdapat ahli usrah orang mempunyai sifat kedekut, perbanyakkan mendidik mengenai hal dan kemuliaan orang yang bersifat pemurah. Sekiranya ada yang penakut, berikan keutaaman tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Sekiranya anak buah orang yang tidak istiqamah maka terangkan kelebihan orang yang tetap pendirian dan balasan orang tidak tetap pendirian.

3. Ikhlas dalam amal sebagai seorang naqib

Satu perkara yang senang disebut tetapi sukar dilaksanakan ialah ikhlas dalam tindakan dan amal. Perkara inilah yang menjadi kekuatan dan ketahanan kepada seorang naqib. Apabila ia berjaya melazimkan dirinya dengan sifat ini maka ia akan mendatangkan natijah yang baik kepada gerakan Islam.

Hatinya tidak ada yang lain melainkan untuk melihat Islam didaulatkan. Hati yang tidak tulus tidak memberikan sebarang maknadidalam majlis usrah dan ia juga tidak boleh mengeluarkan kesan yang baik kepada usrah.

Firman Allah swt yang bermaksud :
Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang benar
(Al-Bayyinah:5)
Sabda Rasulullah saw ;
إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرء ما نوى

“Sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang diniatkan”

4. Iman yang mendalam

Keyakinan hanya dengan Islam, sekiranya mempunyai ilmu dan kefahaman tetapi iman yang nipis dia tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan untuk perjuangan. Keimanan yang mantap sahaja akan membolehkan ia menghadamkan fikrah perjuangan Islam kepada anak buahnya. Ini kerana kekuatan jamaah Islam terletak kepada kekuatan iman yang sejati dan mendalam.

Perjuangan tanpa iman yang sejati akan gugur dipertengahan. Bagaimana seorang naqib boleh menerapkan iman kepada anak usrahnya sekiranya beliau masih nipis Iman. Rasulullah SAW menunjukkan bagaimana Iman yang mantap menyebabkan para sahabat sanggup sehidup semati.

Contohnya, ketika baginda berhadapan dengan tentera Ahzab, baginda sudah mempunyai cita-cita untuk menawan Rom dan Parsi. Ini satu contoh bagaimana iman yang mantap telah memberi motivasi kepada baginda untuk menaikkan semangat yang waja di kalangan para sahabat.

Firman Allah SWT Bermaksud :

“Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera ahzab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan kepada kamioleh Allah dan RasulNya, dan benarlah (apa yang telah dijanji oleh) Allah dan RasulNya” dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan dari mereka bulat-bulat kepada Allah.”
(Al-Ahzab: 33:22)

5. Memahami organisasi jamaah.

Naqib yang tidak memahami organisasi dan jamaah, diibaratkan bercakap atas awan. Tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Usrah bukan semata-mata teori tetapi diiringi dengan praktikal.

Sekiranya naqib tidak melibatkan diri dengan jamaah Islam, dia tidak akan tahu akan kemana arah perbincanganya. Oleh itu naqib kena memahami struktur organisasi jamaah. Jika tidak, ahli akan keluar daripada jamaah kerana, naqibnya juga begitu.

6. Mengeratkan jalinan ukhwah

Naqib perlu melakukan program yang boleh mengeratkan hubungan persaudaraan seperti menziarahi ahli yang sakit atau ditimpa musibah, mengucap tahniah kepada kepada anggota yang berjaya, menolong mereka yang memerlukan, mengucap takziah atas kematian, menghulurkan bantuan kewangan, memberi hadiah sempena hari sahabat mendapat anak atau hari jadi .

Sabda Rasulullah saw
تهادوا تحابوا
“Berilah hadiah nescaya engkau dikasihi”
Sabda Rasulullah SAW Bermaksud

Allah akan sentiasa dalam (menunaikan) keperluan hamba selagi hamba itu dalam
(usaha menunaikan) keperluan saudaranya.

7. Perbanyakkan amalan fardi

Sebagai seorang naqib/naqibah, sudah tentu bebanan dan tugas yang terpaksa dipikul. Oleh itu naqib memerlukan kekuatan rohani agar kita tidak terpesong daripada landasan perjuangan yang telah digariskan oleh jamaah. Apabila kita mempunyai benteng pertahanan ini maka ia akan menjadi asas yang kukuh untuk kita istiqamah dalam perjuangan.

Maklum sahajalah perjuangan untuk menegakkan Islam ini mempunyai rintangan yang banyak dan banyak pula karenah anak buah maka sudah tentu kita memerlukan kekuatan rohani yang kuat. Oleh itu kita kena menjaga ibadat dengan baik, berzikir dengan banyak, berdoa yang ma’thur, beristighfar kepada Allah dan bersalawat kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup.

Kata-kata Saidina Umar RA

حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”

8. Menunjukkan contoh teladan yang baik.

Naqib/naqibah sebagai role model dan sentiasa diperhati oleh ahli Syaksiah dan tingkah laku naqib sering menjadi ikutan dan bualan. Thiqah dikalangan anak buah perlu bagi menjayakan usrah. Naqib perlu pastikan dia lebih baik daripada ahlinya. Samaada dari segi pakaian, percakapan, tingkahlaku, pergaulan, sikap, hal ehwal keluarga, komitmen kita dalam jamaah seperti menghadiri program jamaah.

Firman Allah SWT Bermaksud :

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir”. Al-Baqarah:44

9. Benar

Naqib/naqibah mestilah benar di dalam niat, perkataan dan pekerjaannya jangan sekali-kali ada penipuan atau pendustaan. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Sekiranya naqib tidak benar dalam ucapan dan tindakan maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada usrah yang dipimpin

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :

“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya sifat kebajikan itu membawa ke syurga. Seorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah ia dicatat disisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.

10. Sabar

Tanpa sabar naqib tidak dapat mencapai matlamat yang dicita-citankan, kerana kerja membentuk manusia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi untuk melaksanakannya. Mesti sabar atas karenah ahli usrah yang berbagai ragam dan tindakan kesabaran sahaja yang akan boleh menjayakan perlaksanaan usrah

Firman Allah SWT Bermaksud :

“Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar”.
As-Sajadah:24.
11. Tawaduk

Dengan adanya sifat di dalam diri naqib/naqibah, menyebabkan ahli lebih senang untuk menerima dan mendengar nasihat atau percakapan kita. Sifat takabur menyebabkan kita terhijab dari kebenaran dan rahmat Allah untuk sampai ke hati manusia. Sifat tawaduk menyebabkan orang lain akan tertarik dengan apa yang kita sampaikan.

Seorang naqib yang mudah bergaul dan tidak sombong dengan ahli usrah akan menambahkan keakrabannya antara mereka. Seorang naqib hendaklah terlebih dahulu menegur ahli usrahnya bukan sebaliknya, supaya menampakkan sifat tawaduk

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :

“Tidak akan memasuki syurga sesiapa dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbur”
Riwayat Muslim
12. Pemurah

Seorang naqib mesti jangan mempunyai sifat kedekut. Sifat kedekut akan menjauhkan ikatan ukhwah. Biasakan untuk menghulur kepada mereka yang berhajat. Sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Sifat pemurah ini akan membuahkan natijah yang baik.

Sekiranya anak buah usrah saudara orang yang kikir maka latih dan tunjukkan kepada mereka kebaikan orang yang pemurah melalui amalan yang saudara tunjukkan.

Firman Allah SWT :
ومن يوق شح نفسه فأولئك هم المفلحون
“Dan siapa yang dipelihara daripada tabiat bakhilnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”
Al-Hasyr, 59:9

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :

“Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dua Malaikat lalu seorang darinya berdoa: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada sihamba yang menafkahkan hartanya”. Manakala Malaikat yang kedua berdoa: Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini”.

13. Suka menolong (ringan tulang)

Saudara menampakkan kepentingan mereka melebihi daripada kepentingan diri saudara. Secara tidak langsung akan menambahkan ikatan kepercayaan di kalangan ahli usrah.

Apabila anak usrah melihat saudara orang yang ringan tulang untuk menolong maka secara tidak langsung akan memberi kepercayaan yang lebih kepada saudara. Peristiwa yang ditunjukkan oleh nabi SAW dalam peperanganKhandak memberi kesan yang mendalam kepada pengikut nabi kerana melihat baginda turut serta menggali parit.

14. Bijak bergaul

Seorang naqib yang baik ia akan seiring dengan ahli usrah. Tidak banyak protokol. Senang di bawa berbincang di kalangan anggota. Jangan ada pilih kasih di kalangan anggota sehingga mereka terasa tersisih daripada kumpulan usrah.

Akhir kalam, tugas sebagai seorang naqib itu adalah satu tugas yang amat mulia dan datang bersamanya satu amanah dan tanggungjawab yang sangat besar. Maka, anda semua selaku naqib & naqibah perlu jelas dengan tugas dan peranan anda dalam menjayakan agenda dakwah ini dan laksanakanlah tugas anda dengan sebaik mungkin.

'Bersama Memperkasakan Ummah Terbilang & Biah Islamiah'

Wednesday 21 November 2012

LIQO' PERTAMA AJK BADAR (2013)..


Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Ilahi, kerana pada hari Jumaat bersamaan 16/11/2012, Ahli Jawatan Kuasa Badan Dakwah & Rohani (BADAR) SAMT Sultan Hisamuddin telah menjalankan Liqo' Pertama antara ahli-ahli lujnah. Liqo' ini telah dijalankan di Surau Al-Khalili setelah selesai solat Jumaat. Antara agenda Liqo' tersebut diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan cara-cara untuk melaksanakan kertas kerja bagi program2 tahun hadapan (2013) dan juga bertujuan untuk meraikan ahli2 Jawatan Kuasa Badar.

Perbincangan kertas kerja.(Muslimin)





(Muslimat)


Setelah selesai perbincangan kertas kerja, Liqo' diteruskan dengan aktiviti makan kek setelah selesai menunaikan solat Asar sempena meraikan AJK2 Badar semua. Alhamdulillah, kek di 'sponsor' oleh seorang AJK Badar iaitu saudara Raja Syahiran Syahmi. Jazakallahu Khairan Kathiran..=)

Kek Pandan..Sedap betul kek nih ! Alhamdulillah..

Bakal Amir Badar, Amirul Ariff. InsyaAllah 


AJK Badar (Muslimin)

AJK Badar (Muslimat)


p/s: TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AJK BADAR YANG HADIR..KOMITMEN ANDA AMAT DIHARGAI...=)


'Bersama Memperkasakan Ummah Terbilang & Biah Islamiah'